CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Luahanku. Show all posts
Showing posts with label Luahanku. Show all posts

Wednesday, 5 June 2013

Cepatnya masa berjalan

Assalamualaikum semua.

Pejam celik, pejam celik sekarang ini dah minggu belajar atau dipanggil study week. Cepat betul masa berlalu. Saya rasa macam semalam baru masuk untuk semester dua. Sememangnya belajar degree ni sangat berbeza dengan waktu diploma dulu.

Waktu diploma dulu satu semester adalah antara 5 hingga 6 bulan. Bagi saya sangat lama. Dulu waktu diploma setiap kali habis topik semestinya ada tugasan. Berbeza dengan sekarang ini setiap bab akan diberi latihan. Bila minggu belajar ni lah baru rasa nak belajar betul-betul. Sememangnya belajar sekarang ini sangat berbeza dan tahap kesukarannya juga sangat jauh berbanding diploma.

Hanya satu harapan saya, semoga saya dapat menghabiskan ijazah saya dengan tenang dan cemerlang juga kepada kawan-kawan yang lain. Amin insyaallah.





Tuesday, 4 June 2013

1= Perempuan

Assalamualaikum.

Agak-agaknya apa yang saya nak kongsikan ye berdasarkan tajuk diatas?

Jawapannya adalah saya nak kongsikan kelebihan menjadi satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.
Apa yang saya nak cerita ini adalah mengikut pendapat saya sendiri sebagai satu-satunya anak perempuan dalam adik beradik saya.

Kelebihan pertama: Semua yang saya inginkan Insyaallah akan saya perolehi tetapi bergantung juga kepada
                              benda yang saya nak tu. ini adalah salah satu kelebihan yang paling best la.

Kelebihan kedua : Kalau bergaduh waktu kecil-kecil dulu lepas itu ada terpecahkan pasu ke pinggan ke
                             semestinya anak perempuan satu-satunya tidak akan dipersalahkan.

Kelebihan ketiga : Semestinya menjadi anak yang akan dimanjakan oleh ibu bapa dan abang- abang saya.

Kelebihan keempat : Apa-apa sahaja yang mak abah beli semestinya akan diberikan terlebih dahulu kepada
                                satu-satunya anak perempuan mereka.

Kelebihan kelima : Sememangnya menjadi anak perempuan satu-satunya akan dikongkong atau dijaga setiap
                            gerak geri oleh ibu bapa tetapi percayalah apabila tiba masanya kita akan diberi
                            kepercayaan sepenuhnya untuk berdikari dan membuat sesuatu yang kita suka tanpa
                           dikawal sepenuhnya. dari sini kita akan belajar menjadi seorang yang sangat berhati-hati
                           dan sentiasa mengingati keluarga walau apa yang kita lakukan.

Selamat malam. :)



Saturday, 20 April 2013

Midterm oohh midterm......

Assalamualaikum semua.

Tadi pagi bersamaan 20/4/2013 adalah ujian pertengahan mikroekonomi 1 saya. Erm soalan memanglah sangat-sangat mencabar. Rasa macam tak boleh jawab pun ada juga. Bila masuk dewan tadi, rasa hilang semua yang saya baca.  Mungkin juga saya salah cara belajar. Saya ni bila apa yang saya belajar tak faham, saya suka hafal. Mungkin itulah salah saya.Macam mana agaknya keputusan nanti ye. Apa-apa pun saya hanya bertawakal dan berdoa semoga semua ujian pertengahan saya lulus. Insyaallah. Dan juga kepada semua kawan-kawan semoga kita lulus dan mendapat markah yang terbaik.


Friday, 19 April 2013

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Assalamualaikum semua.

malam ni terasa la sangat malas untuk belajar tapi esok ade ujian pertengahan. BAnyak lagi tak habis baca buku ni.

Jadi disini saya nak kongsikan sedikit cara-cara supaya rajin belajar. YAng pertama bila korang rasa malas sangat nak belajar ingatlah ibu dan ayah kita. Inilah yang selalu saya buat. Yela ibu dan ayah kita bekerja keras cari duit supaya kita boleh belajar tinggi-tinggi. TApi saya ni pula malas nak belajar. JAdi sia-sia la pengorbanan mereka. JAdi tanamkan azam dalam diri untuk belajar rajin-rajin bagi membalas jasa ibu dan ayah kita.

kedua saya selalu tengok orang-orang yang berjaya kat luar sana. DAn tanya pada diri sendiri. Tidak inginkah kita jadi seperti mereka? Kalau saya berjaya mesti saya dapat membahagiakan ibu dan ayah saya.

Jadi untuk berjaya saya kenalah berusaha dan cuba sebaik yang mungkin. Walau macam mana susah sesuatu benda yang kita kena buat, niat dalam hati untuk buat yang terbaik dan insyaallah segalanya akan dipermudahkan. :-)

Sunday, 24 March 2013

MINGGU KE -6 DAH!!!!

Assalamualaikum semua.

Wah diam tak diam dah masuk minggu yang ke-6. Cepatnya masa berjalankan. Dah nak periksa pertengahan la. Saya tak buat apa-apa persediaan  lagi. Dah la masuk kelas pun masih xfaham lagi apa yang saya belajar. Tugasan pun banyak yang tertangguh.



Jadi untuk menyiapkan tugasan yang tertangguh dan benda-benda lain yang tertangguh juga saya kena la korbankan masa rehat dan tidur. Dan dah kena mula belajar untuk midterm. Semoga kita semua dapat buat yang terbaik untuk midterm. :)



Wednesday, 27 February 2013

PERTAMA KALI!!!!

Assalamualaikum.

Akhirnya terhasil juga blog saya. Alhamdullillah. pening jugak mula-mula nak buat blog. Tapi kalau nak berjaya kita kenalah usaha.

Ini serba sedikit mengenai diri saya. Nama diberi Suzana binti Ahmad Zuhairi. Saya berasal dari Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Rasa-rasanya ramai orang tak tahu kat mana Sungai Penchala tu. Kalau nak tahu  carilah sendiri ya. Saya anak keempat daripada empat orang adik-beradik.

Saya ni kuat ketawa orangnya. kadang-kadang tu sampai tak pandang orang sekeliling. hee... Selain itu saya juga seorang yang pendiam. (Eh tadi cakap seorang yang suka ketawa, ini lain pulak). Saya pendiam dengan orang yang saya baru kenal. Tapi itu bukan bermaksud saya sombong. Cuma agak pemalu sikit. 

Sebelum ni saya adalah pelajar diploma di Politeknik Seberang Perai. dan sekarang saya belajar di UKM. Alhamdulillah. Semoga saya dapat menghabiskan pengajian saya di UKM ini. Amin. :)