Assalamualaikum semua.
Hari ni saya nak cerita pengalaman saya bercuti ke Indonesia. Bukit Tinggi terletak di bahagian sumatera barat, Indonesia. Penduduk Bukit Tinggi adalah daripada orang Minang. Dekat Bukit Tinggi ni cuacanya sejuk dan nyaman. Misi utama saya apabila sampai dekat sana, mesti nak shoping. Seronok sangat belanja dekat Bukit Tinggi sebab harga barang-barang dekat situ murah- murah.
Dekat Bukit tinggi ni ada empat tempat yang wajib dikunjungi untuk membeli belah. Iaitu Pasar Atas, Pasar Bawah, Pasar Lereng dan Aur Kuning. Bukit Tinggi ni terkenal dengan jualan kain-kain sulam dan telekung. kalau pergi sana memang rambang mata. Semuanya saya rasa nak beli. Pasar Bawah pula adalah tempat untuk beli makanan -makanan tradisi orang Minang.
Antara makanan yang terkenal dekat sana adalah Nasi Padang, Nasi Ramas, Pecal dan banyak lagi. Orang -orang dekat Bukit Tinggi sangat kuat makan pedas. Macam saya ni tak makan pedas jadi agak susah la nak cari makanan yang kurang pedas. Tapi jangan risau sebab dekat Pasar Atas tu juga banyak kedai-kedai makan seperti Pizza Hut dan KFC.
Selain itu juga banyak tempat menarik yang saya kunjungi. seperti Taman Burung, Maninjau, dan Malim Kundang. Dekat Malim Kundang ni memang ada batu orang yang sedang bersujud dan juga bangkai kapal yang telah jadi batu. Maninjau pula adalah satu tempat pemandangan yang sangat cantik. Sebab ada satu tasik yang sangat luas dan besar. Yang menariknya untuk turun ke Maninjau ni kena melalui jalan berpusing-pusing macam ular tu iaitu sebanyak 44 kelok. memang pengalaman yang menyeronokkan.
Bagi sesiapa yang nak pergi boleh la nak kapal terbang dari LCCT ke Padang , Indonesia. Macam iklanlah pulak. hehe..
Ok la sampai sini dulu. Selamat malam semua.
0 comments:
Post a Comment