Assalamualaikum.
Agak-agaknya apa yang saya nak kongsikan ye berdasarkan tajuk diatas?
Jawapannya adalah saya nak kongsikan kelebihan menjadi satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.
Apa yang saya nak cerita ini adalah mengikut pendapat saya sendiri sebagai satu-satunya anak perempuan dalam adik beradik saya.
Kelebihan pertama: Semua yang saya inginkan Insyaallah akan saya perolehi tetapi bergantung juga kepada
benda yang saya nak tu. ini adalah salah satu kelebihan yang paling best la.
Kelebihan kedua : Kalau bergaduh waktu kecil-kecil dulu lepas itu ada terpecahkan pasu ke pinggan ke
semestinya anak perempuan satu-satunya tidak akan dipersalahkan.
Kelebihan ketiga : Semestinya menjadi anak yang akan dimanjakan oleh ibu bapa dan abang- abang saya.
Kelebihan keempat : Apa-apa sahaja yang mak abah beli semestinya akan diberikan terlebih dahulu kepada
satu-satunya anak perempuan mereka.
Kelebihan kelima : Sememangnya menjadi anak perempuan satu-satunya akan dikongkong atau dijaga setiap
gerak geri oleh ibu bapa tetapi percayalah apabila tiba masanya kita akan diberi
kepercayaan sepenuhnya untuk berdikari dan membuat sesuatu yang kita suka tanpa
dikawal sepenuhnya. dari sini kita akan belajar menjadi seorang yang sangat berhati-hati
dan sentiasa mengingati keluarga walau apa yang kita lakukan.
Selamat malam. :)
Tuesday, 4 June 2013
1= Perempuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment