Assalamualaikum semua.
Pejam celik, pejam celik sekarang ini dah minggu belajar atau dipanggil study week. Cepat betul masa berlalu. Saya rasa macam semalam baru masuk untuk semester dua. Sememangnya belajar degree ni sangat berbeza dengan waktu diploma dulu.
Waktu diploma dulu satu semester adalah antara 5 hingga 6 bulan. Bagi saya sangat lama. Dulu waktu diploma setiap kali habis topik semestinya ada tugasan. Berbeza dengan sekarang ini setiap bab akan diberi latihan. Bila minggu belajar ni lah baru rasa nak belajar betul-betul. Sememangnya belajar sekarang ini sangat berbeza dan tahap kesukarannya juga sangat jauh berbanding diploma.
Hanya satu harapan saya, semoga saya dapat menghabiskan ijazah saya dengan tenang dan cemerlang juga kepada kawan-kawan yang lain. Amin insyaallah.
Wednesday, 5 June 2013
Cepatnya masa berjalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment