Assalamualaikum semua.
Hari ini saya nak kongsikan resepi puding triflle yang selalu saya buat. Senang sangat nak buat puding ni dan bahan-bahannya pula senang nak beli dekat kedai runcit. Tidak perlu nak beli di pasaraya besar.
Bahan-bahan:
Lapisan bawah : Kek gulung atau apa-apa sahaja kek span. Saya biasa guna kek gulung pandan. dan buah-
buahan dalam tin.
Lapisan tengah : 1 tin susu cair, 4 sudu besar tepung kastard dan gula secukup rasa. Selalunya saya letak 5
sudu besar gula pasir.
Lapisan atas : Kristal jeli Nona mengikut perisa kesukaan masing-masing. Saya suka guna perisa rasberry
dan strawberi.
Cara-caranya.
1) Untuk lapisan bawah potong kek gulung dan susun didalam bekas.
2) Asingkan buah dalam tin dengan airnya. taburkan buah dalam tin mengikut kuantiti yang anda suka.Jirus
sedikit air daripada buah tersebut ke atas kek gulung.
3) Lapisan tengah, masak susu cair, bancuhan 4 sudu tepung kastard dengan semangkuk air dan gula.
4) Apabila sudah pekat tuangkan diatas lapisan kek gulung tadi. Kalau nak tambah buah campur tadi pun
boleh.
5) Lapisan atas, masakkan jeli nona sehingga sedikit pekat dan tuang diatas lapisan kastard tadi.
6) Setelah sejuk bolehlah dimasukkan kedalam peti ais.
Puding triffle ni sedap kalau dimakan sekali bersama aiskrim vanila. Selamat mencuba.

0 comments:
Post a Comment