CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 25 March 2013

Riang ria di Seoul Garden

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Erm sekarang jam menunjukkan pukul 9.30. Tiba-tiba teringat la pulak hari sabtu yang lepas saya pergi makan di Seoul Garden. Rasanya mesti ramai dah pernah makan kat situ kan.

Bagi yang belum pernah makan kat Seoul Garden sila-sila la melawatkan diri kat situ. Yang bestnya kat situ kita makan ala-ala buffet gitu. Makan je apa yang kita nak makan asalkan tidak membazir. Waktu saya pergi tu, adalah duduk makan kat situ 3 hingga ke 4 jam. Lamakan heeeee.

Ok disini saya kongsikan sedikit gambar-gambar saya di Seoul Garden.




Selamat malam semua. :)

Sunday, 24 March 2013

MINGGU KE -6 DAH!!!!

Assalamualaikum semua.

Wah diam tak diam dah masuk minggu yang ke-6. Cepatnya masa berjalankan. Dah nak periksa pertengahan la. Saya tak buat apa-apa persediaan  lagi. Dah la masuk kelas pun masih xfaham lagi apa yang saya belajar. Tugasan pun banyak yang tertangguh.



Jadi untuk menyiapkan tugasan yang tertangguh dan benda-benda lain yang tertangguh juga saya kena la korbankan masa rehat dan tidur. Dan dah kena mula belajar untuk midterm. Semoga kita semua dapat buat yang terbaik untuk midterm. :)



Wednesday, 20 March 2013

Berbaktilah kepada ibu dan bapa.

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagianlah buatnya dan Allah SWT akan memanjangkan umurnya."

Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim.

sentiasalah ingat akan ibu bapa kita walaupun dimana kita berada. :)

Monday, 11 March 2013

Cara-cara menghilangkan rasa bosan....

Assalamualaikum semua.

Erm malam2 macam ni terasa la sangat bosan. Macam tak ada benda je nak buat. Tapi banyak je kerja yang kena buat. hehe. Jadi jom kita pikirkan cara-cara nak hilangkan bosan.


Pertama yang selalu saya buat adalah main game. saya suka main "hidden object games". Tapi kalau dah hari-hari game yang sama bosan jugak kan.




Kedua tengok movie online. seronok juga kalau dapat tengok balik cerita-cerita kartun lama. Contohnya macam "Cinderella" dan "Swan Princess".




Ketiga cari apa-apa makanan yang boleh dimakan. coklat ke, keropok ke, gula-gula. Tapi kalau dapat Pizza malam-malam ni pun seronok juga kan. ;)


Keempat pula dengarlah lagu untuk menghilangkan bosan. Ikutlah jenis-jenis lagu yang disuka.

Dan yang terakhir sekali kalau memang dah tak tahu nak buat apa silakan lah tidur. Tidur adalah benda yang paling dinanti-nanti pada malam hari. 


Baiklah semua. Selamat menghilangkan bosan-bosan dimalam hari. Selamat malam. :)

Sunday, 3 March 2013

"Sabar itu sebahagian daripada iman"

Assalamualaikum semua.


Topik kita hari ini adalah berkenaan sabar.(mcm cikgu dalam kelas pulak. hehe). Pasti setiap orang mempunyai pemahaman tersendiri psl sabar kan. Bagi saya sabar itu adalah sesuatu yang sangat indah. Kenapa saya ckp sabar itu indah yek? Meh sini saya ceritakan.

Dulu saya ni seorang yang sgt tidak sabar. sikit2 nak marah, sikit2 nak marah. benda kecil pun nak marah. tak matang langsung kan. Tapi 1 hari saya rasa penat sangat bila marah, asyik rasa takut  dan saya terfikir " Kenapa la aku ni tak boleh jadi orang yang penyabar?". Dan mula dari situ saya belajar untuk sabar dan menerima apa jua dengan hati yang tenang dan ikhlas.

Sehingga la sekarang ni alhamdulillah saya boleh mengawal emosi saya bila berhadapan dengan masalah. Sampai kawan saya cakap saya ni takde perasan.(sapa lah agaknya kawan saya tu ya ;) ) Tetapi setiap orang tu ada batasan kesabarannya juga. Setiap manusia itu kan tidak sempurna. Kadang2 tu ada jugak saya tak sabar dan terluahlah ketidaksabaran saya.HEEE. Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk bersabar dalam apa juga keadaan.

Indahnya sabar itu bila sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan baik. Kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Ok la kawan-kawan sampai disini saja saya berceloteh. Semoga kita berjumpa lagi. :) Jika ada salah dan silap tegurlah saya yang banyak kekurangan ini.




Saturday, 2 March 2013

Cara mengelakkan ditindih ketika tidur.....

Assalamualaikum dan selamat malam semua.



Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 11.20. Dah waktu tidur ni(awal betol saya tidur kan. hehe). Ok kawan-kawan sebelum saya nak tidur, saya nak kongsikan sedikit cerita berkenaan masalah ditindih ketika tidur. Saya ni memang jenis yang selalu kena tindih waktu tidur. Mungkin ramai juga yang mengalami hal yang sama mcm saya kan.

Ini ada beberapa cara / petua yang diberikan oleh ibu saya. Jika ada yang selalu mengalami masalah ditindih ketika tidur boleh mengamalkan petua ini.

1) Mengambil wuduk sebelum tidur.
2) Membaca Al-fatihah, ayat Kursi, surah 3 Qul, dan akhir sekali
   doa tidur.
3) Mulakan baring dengan mengiring ke sebelah kanan terlebih
   dahulu.
4) Sebelum tidur sentiasalah berfikir perkara2 yang baik-baik
   sahaja.

Inilah serba sedikit yang dapat saya kongsikan. Kalau ada kesalahan atau kesilapan diatas ini, kawan-kawan tegurlah ya. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah. Insyaallah.

Selamat Malam. :)