CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 3 March 2013

"Sabar itu sebahagian daripada iman"

Assalamualaikum semua.


Topik kita hari ini adalah berkenaan sabar.(mcm cikgu dalam kelas pulak. hehe). Pasti setiap orang mempunyai pemahaman tersendiri psl sabar kan. Bagi saya sabar itu adalah sesuatu yang sangat indah. Kenapa saya ckp sabar itu indah yek? Meh sini saya ceritakan.

Dulu saya ni seorang yang sgt tidak sabar. sikit2 nak marah, sikit2 nak marah. benda kecil pun nak marah. tak matang langsung kan. Tapi 1 hari saya rasa penat sangat bila marah, asyik rasa takut  dan saya terfikir " Kenapa la aku ni tak boleh jadi orang yang penyabar?". Dan mula dari situ saya belajar untuk sabar dan menerima apa jua dengan hati yang tenang dan ikhlas.

Sehingga la sekarang ni alhamdulillah saya boleh mengawal emosi saya bila berhadapan dengan masalah. Sampai kawan saya cakap saya ni takde perasan.(sapa lah agaknya kawan saya tu ya ;) ) Tetapi setiap orang tu ada batasan kesabarannya juga. Setiap manusia itu kan tidak sempurna. Kadang2 tu ada jugak saya tak sabar dan terluahlah ketidaksabaran saya.HEEE. Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk bersabar dalam apa juga keadaan.

Indahnya sabar itu bila sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan baik. Kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Ok la kawan-kawan sampai disini saja saya berceloteh. Semoga kita berjumpa lagi. :) Jika ada salah dan silap tegurlah saya yang banyak kekurangan ini.




0 comments: