Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 11.20. Dah waktu tidur ni(awal betol saya tidur kan. hehe). Ok kawan-kawan sebelum saya nak tidur, saya nak kongsikan sedikit cerita berkenaan masalah ditindih ketika tidur. Saya ni memang jenis yang selalu kena tindih waktu tidur. Mungkin ramai juga yang mengalami hal yang sama mcm saya kan.
Ini ada beberapa cara / petua yang diberikan oleh ibu saya. Jika ada yang selalu mengalami masalah ditindih ketika tidur boleh mengamalkan petua ini.
1) Mengambil wuduk sebelum tidur.
2) Membaca Al-fatihah, ayat Kursi, surah 3 Qul, dan akhir sekali
doa tidur.
3) Mulakan baring dengan mengiring ke sebelah kanan terlebih
dahulu.
4) Sebelum tidur sentiasalah berfikir perkara2 yang baik-baik
sahaja.
Inilah serba sedikit yang dapat saya kongsikan. Kalau ada kesalahan atau kesilapan diatas ini, kawan-kawan tegurlah ya. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah. Insyaallah.
Selamat Malam. :)

2 comments:
saya cadangkan sebelum baring dan sesudah baca doa, suzana boleh baca selawat 7kali dan tiupkan 7kali pada tapak tangan. kemudian, sapukan doa yang telah dibaca tadi dari muka ke kepala hingga ke jari kaki (seluruh badan) tanpa mengangkat tangan dari tubuh. dan pada akhir sekali iaitu pada jari kaki, suzana kuncikan doa tersebut. in shaa ALLAH, selamat dalam jagaan ALLAH..
thanks fatin atas perkngsiannya. insyaallah akan saya amalkan. :)
Post a Comment