Assalamualaikum semua.
Hari ni saya nak kongsi dengan semua resepi kek coklat yang selalu saya buat. Bahan-bahannya senang sangat dan boleh dapat dekat kedai runcit.
Bahan-bahannya:
2 Biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir + 1 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B
1 1/2 cawan susu coklat
1/2 sudu teh nescafe + 1/2 cawan air suam
Cara-caranya:
Mula-mula pukul telur dan gula sehingga kembang. Selepas itu masukkan minyak dan pukul lagi. Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Ayak bahan A. Masukkan bahan A berselang-seli dengan bahan B. Setelah yakin semua bahan bercampur dengan sempurna bolehlah mula dibakar pada suhu 180 darjah selama 50- 1 jam.
Mudah sahaja kan. selamat mencuba. :)
Saturday, 20 April 2013
KEK COKLAT KEGEMARANKU
Posted by Unknown at 08:51
Labels: Perkongsian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment