CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 27 May 2013

Penangan pembentangan

Assalamualaikum semua.



Tahukan gambar makanan apa dekat atas ni. Inilah penangan pembentangan berkenaan kenangan zaman kanak-kanak yang kawan-kawan saya buat tu. Tiba - tiba teringin sangat nak makan Nyam-Nyam. Akhirnya dapat juga saya makan. Kalau tak ingat, tak terasa pun nak makan. Hehe..

Terima kasihlah kawan-kawan yang buat pembentangan itu. Sebenarnya banyak lagi yang saya nak cari dan makan. Tapi belum jumpa lagi.

                                               Haa ini cara makan Nyam Nyam yang betul..... :)

Baiklah sampai sini dulu. Selamat malam semua......

Wednesday, 22 May 2013

Sambungan...................

Baiklah seterusnya adalah........................

Pembentangan kumpulan 4 adalah berkenaan pakaian tradisonal di malaysia. Daripada tiga kaum iatu melayu, cina dan india. saya sangat suka tengok gambar-gambar baju sari. Tengok dalam gambar pun tahu sari ni mesti mahal dan berat. Sebab banyak manik-manik. Apa-apa pun video kumpulan ni memang kelakar dan terbaik.

Seterusnya adalah pembentangan bertajuk coklat. Dalam pembentangan ini berkongsi berkenaan jenis-jenis coklat dan kandungan yang terdapat dalam coklat. Jangan ingat sedap saja makan coklat, kita juga kena tahu kandungan coklat yang kita makan. Kumpulan ini juga menunjukkan video cara-cara membuat coklat.


Yang ini pula adalah pembentangan berkenaan video parodi dari kumpulan 9. Isu yang dibentangkan ini memang terbaik sebab sekarang ni pun banyak betul orang yang suka buat parodi. Kumpulan ini juga ada buat video parodi. Sangat menarik dan kelakar. Macam kat bawah ni pula adalah seorang yang sedang popular kerana dia buat parodi.

 

Sampai sini sahaja. selamat malam.

sesi pembentangan 2

Assalamualaikum semua.

Seterusnya saya akan berkongsi pula berkenaan pembentangan sesi yang kedua. Semua tajuk yang dibentangkan menarik dan dapat memberi pengetahuan.

Pertama adalah dari kumpulan 6 bertajuk pertolongan cemas. Dalam pembentangan ini banyak perkongsian berkenaan ubat-ubat telan, jenis-jenis pembalut dan teknik-teknik pertolongan cemas seperti CPR.

Kedua adalah dari kumpulan 5 bertajuk nostalgia zaman kanak-kanak. Tajuk ni memang sangat menarik sebab teringat kembali zaman waktu kecil dulu. Contohnya seperti apa makanan yang kita suka waktu kecil, apa permainan yang popular sewaktu itu dan apakah kartun yang kita suka tengok waktu kecil-kecil dulu. contoh kartun seperti Sailormoon, Dragon Ball, Usop Sontorian dan Keluang Man. Makanan pula seperti Tora, Nyam Nyam dan Aiskrim 10 sen. Tiba-tiba terasa nak kembali ke zaman dulu-dulu......


Ketiga adalah dari kumpulan 11 yang bertajuk gubahan. Bermacam-macam gubahan yang ditunjukkan didalam pembentangan ini. Seronoknya sangat bagi saya kalau ada yang berbakat dan membuat gubahan ini. tapi saya memang tidak pandai nak gubah-gubah ni.... Yang kelakarnya ada yang membuat gubahan menggunakan petai. Memang kreatif betul orang-orang Malaysia ni kan....

Keempat adalah dari kumpulan 16 yang membentangkan berkenaan stres. Tajuk ni memang sangat sesuai untuk saya sebabnya minggu-minggu akhir ni memang banyak betul tekanan. Yang paling saya suka adalah video yang mereka buat. Berkenaan stres belajar, stres dalam percintaan dan stres sewaktu menjawab peperiksaan. Hebat betul yang pelakon -pelakon video itu.


Dan kumpulan seterusnya adalah kumpulan 10 berkenaan aplikasi mobile. yYng ini mesti ramai yang suka. Slide mereka sangat cantik dengan menggunakan gambar telefon bimbit. Tidak banyak perkataan dan kemas. Maklumat-maklumat yang dikongsi adalah berkenaan WhatsApp, Instagram, dan Viber.



bersambung........

Sesi pembentangan

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua berkenaan pembentangan berkenaan "Pantang larang tiga kaum" dan "Kasut".

Yang pertama adalah berkenaan pembentangan pantang larang. Pembentangan ini mengenai pantang larang bagi kaum melayu, kaum india dan kaum cina. Pembentangan ini dibentangkan oleh kumpulan saya sendiri. maklumat yang kami dapat banyak menunjukkan pantang larang kaum melayu dan india banyak persamaannya. Contohnya jangan potong kuku waktu malam. satu pantang larang yang sangat menarik bagi saya ialah pantang larang kaum india yang melarang mengasah pensel dikedua-dua hujung. Ini kerana boleh menyebabkab ibu bapa bergaduh.




Dan pembentangan kedua pula adalah berkenaan kasut. Bila bercakap kasut mestilah saya sangat tertarik kerana saya sangat minat akan kasut. Dalam pembentangan tersebut memberitahu beberapa jenis kasut. Saya tidak tahu sangat jenis-jenis kasut ni. Bila rasa suka sesuatu tu, saya beli sahaja. Tidak tengok jenis kasut tersebut. Terdapat juga jenis-jenis kasut yang sesuai mengikut fizikal seseorang individu itu. Jadi bolehlah saya tahu kasut yang sesuai dengan diri saya.  Videonya pula sangat menarik. Suara yang jelas dan gambar videonya sangat terang.

                                                               kasut, kasut, dan kasut


baiklah semua sampai sini dulu. selamat malam. :)

Wednesday, 8 May 2013

Dont be sad.

Assalamualaikum.



Tersenyumlah wahai hati yang bersedih. walau apa dugaan yang datang, itu semua kerana Allah sayang akan hambaNya. Allah ingin kita mendekati, memohon kepadaNya dan sentiasa mengingatiNya. Allah tidak mahu kita alpa dengan kesenangan di dunia sahaja. Setiap yang Allah aturkan adalah yang terbaik untuk kita. :)