Assalamualaikum semua.
Seterusnya saya akan berkongsi pula berkenaan pembentangan sesi yang kedua. Semua tajuk yang dibentangkan menarik dan dapat memberi pengetahuan.
Pertama adalah dari kumpulan 6 bertajuk pertolongan cemas. Dalam pembentangan ini banyak perkongsian berkenaan ubat-ubat telan, jenis-jenis pembalut dan teknik-teknik pertolongan cemas seperti CPR.
Kedua adalah dari kumpulan 5 bertajuk nostalgia zaman kanak-kanak. Tajuk ni memang sangat menarik sebab teringat kembali zaman waktu kecil dulu. Contohnya seperti apa makanan yang kita suka waktu kecil, apa permainan yang popular sewaktu itu dan apakah kartun yang kita suka tengok waktu kecil-kecil dulu. contoh kartun seperti Sailormoon, Dragon Ball, Usop Sontorian dan Keluang Man. Makanan pula seperti Tora, Nyam Nyam dan Aiskrim 10 sen. Tiba-tiba terasa nak kembali ke zaman dulu-dulu......
Ketiga adalah dari kumpulan 11 yang bertajuk gubahan. Bermacam-macam gubahan yang ditunjukkan didalam pembentangan ini. Seronoknya sangat bagi saya kalau ada yang berbakat dan membuat gubahan ini. tapi saya memang tidak pandai nak gubah-gubah ni.... Yang kelakarnya ada yang membuat gubahan menggunakan petai. Memang kreatif betul orang-orang Malaysia ni kan....
Keempat adalah dari kumpulan 16 yang membentangkan berkenaan stres. Tajuk ni memang sangat sesuai untuk saya sebabnya minggu-minggu akhir ni memang banyak betul tekanan. Yang paling saya suka adalah video yang mereka buat. Berkenaan stres belajar, stres dalam percintaan dan stres sewaktu menjawab peperiksaan. Hebat betul yang pelakon -pelakon video itu.
Dan kumpulan seterusnya adalah kumpulan 10 berkenaan aplikasi mobile. yYng ini mesti ramai yang suka. Slide mereka sangat cantik dengan menggunakan gambar telefon bimbit. Tidak banyak perkataan dan kemas. Maklumat-maklumat yang dikongsi adalah berkenaan WhatsApp, Instagram, dan Viber.
bersambung........


.jpg)
0 comments:
Post a Comment