CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 22 May 2013

Sesi pembentangan

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua berkenaan pembentangan berkenaan "Pantang larang tiga kaum" dan "Kasut".

Yang pertama adalah berkenaan pembentangan pantang larang. Pembentangan ini mengenai pantang larang bagi kaum melayu, kaum india dan kaum cina. Pembentangan ini dibentangkan oleh kumpulan saya sendiri. maklumat yang kami dapat banyak menunjukkan pantang larang kaum melayu dan india banyak persamaannya. Contohnya jangan potong kuku waktu malam. satu pantang larang yang sangat menarik bagi saya ialah pantang larang kaum india yang melarang mengasah pensel dikedua-dua hujung. Ini kerana boleh menyebabkab ibu bapa bergaduh.




Dan pembentangan kedua pula adalah berkenaan kasut. Bila bercakap kasut mestilah saya sangat tertarik kerana saya sangat minat akan kasut. Dalam pembentangan tersebut memberitahu beberapa jenis kasut. Saya tidak tahu sangat jenis-jenis kasut ni. Bila rasa suka sesuatu tu, saya beli sahaja. Tidak tengok jenis kasut tersebut. Terdapat juga jenis-jenis kasut yang sesuai mengikut fizikal seseorang individu itu. Jadi bolehlah saya tahu kasut yang sesuai dengan diri saya.  Videonya pula sangat menarik. Suara yang jelas dan gambar videonya sangat terang.

                                                               kasut, kasut, dan kasut


baiklah semua sampai sini dulu. selamat malam. :)

0 comments: