CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 21 April 2013

Akhirnya.....MINES CRUISE.

Assalamualaikum semua.

Semalam saya pergilah meronda-ronda dekat The Mines. Tiba-tiba teringin sangat nak naik cruise yang dekat situ. Yela sebelum ini banyak kali dah menjejakkan kaki kat situ. tapi tak pernah lagi naik cruise. Dan akhirnya jeng jeng jeng saya membuat keputusan untuk naik cruise tu. Macam jakun la pula. huhu. Seronok sangat dapat naik cruise tu. Macam-macam budak-budak pun ada juga. Harga tambang untuk naik cruise tu ke KTM Serdang adalah RM2. Erm boleh tahanlah. Lain kali kalau pergi The Mines nak naik lagi lah.





Selamat malam semua. :)

Bila Waktu Telah Berakhir

Assalamualaikum semua.

Tadi saya baru terdengar lagu dari Opick Bila waktu telah berakhir. tersentuh sangat hati saya bila dengar lagu tu. Betapa dekatnya mati dengan saya dan betapa kerdilnya diri ini. banyak sangat kekurangan diri ini dan semua yang saya lalui ini hanyalah sementara.

Kadangkala apabila kita terlalu seronok dan gembira sehingga kita lupa semua kegembiraan, kesenangan hanyalah dipinjam oleh Allah kepada kita. Betapa saya kurang bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan selama ini. Kadangkala kita hanya mencari Allah sewaktu susah dan meninggalkanNya sewaktu kita senang.

Kadangkala apabila terlalu dengan kehidupan duniawi membuatkan saya terlupa bahawa didunia ini hanya sementara. Macam manalah agaknya bila waktu telah berakhir. Semestinya waktu itu tidak dapat diputarkan kembali.

Sama-samalah kita berfikir sejenak dan sentiasa ingat mati akan menjemput kita pada bila-bila masa.

Wassalam......


*peringatan untuk diri sendiri. tegurlah diri ini jika ada sebarang kesalahan dan kesilapan. Segala yang baik itu datang dari Allah SWT dan segala yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

Saturday, 20 April 2013

cara pemakanan untuk pelajar

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak kongsikan cara pemakanan yang baik untuk kita sebagai seorang pelajar yang saya baca dari sebuah majalah . Sebagai seorang pelajar ini mesti kita selalu makan tak ikut waktu, makanan lambat dan selalu makan makanan segera.

1. Jangan skip sarapan pagi - Sarapan pagi sangat penting untuk kita memulakan            
      pembelajaran. Kalau kita lapar mesti hilang fokus untuk belajarkan.

2. Kurangkan pengambilan makanan segera - Bila hari-hari makan benda yang sama
     mesti bosankan. Boleh untuk makan makanan segera contoh wedges tanpa keju,
     pizza tanpa keju, atau burger yang saiz kecil sahaja.

3. Banyakkan minum air - Air sangat penting untuk badan kita terutamanya daam
    cuaca yang panas sekarang ini. Jadi apa kata mulai sekarang kita bawa sebotol air
    setiap kali pergi kelas.

4. Snack time - Pada waktu tengah malam mesti ramai yang suka makan makanan
    segera seperti keropok, gula-gula ata maggi. Apa kata tukarkan kepada makan
    bijiran, kekacang dan buah -buahan.

Baiklah semua ini antara tips yang saya dapat kongsikan. Selamat mencuba.


KEK COKLAT KEGEMARANKU

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak kongsi dengan semua resepi kek coklat yang selalu saya buat. Bahan-bahannya senang sangat dan boleh dapat dekat kedai runcit.

Bahan-bahannya:

2 Biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir + 1 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila

Bahan A

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B

1 1/2 cawan susu coklat
1/2 sudu teh nescafe + 1/2 cawan air suam

Cara-caranya:

Mula-mula pukul telur dan gula sehingga kembang. Selepas itu masukkan minyak dan pukul lagi. Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Ayak bahan A. Masukkan bahan A berselang-seli dengan bahan B. Setelah yakin semua bahan bercampur dengan sempurna bolehlah mula dibakar pada suhu 180 darjah selama 50- 1 jam.

Mudah sahaja kan. selamat mencuba. :)


Midterm oohh midterm......

Assalamualaikum semua.

Tadi pagi bersamaan 20/4/2013 adalah ujian pertengahan mikroekonomi 1 saya. Erm soalan memanglah sangat-sangat mencabar. Rasa macam tak boleh jawab pun ada juga. Bila masuk dewan tadi, rasa hilang semua yang saya baca.  Mungkin juga saya salah cara belajar. Saya ni bila apa yang saya belajar tak faham, saya suka hafal. Mungkin itulah salah saya.Macam mana agaknya keputusan nanti ye. Apa-apa pun saya hanya bertawakal dan berdoa semoga semua ujian pertengahan saya lulus. Insyaallah. Dan juga kepada semua kawan-kawan semoga kita lulus dan mendapat markah yang terbaik.


Friday, 19 April 2013

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Assalamualaikum semua.

malam ni terasa la sangat malas untuk belajar tapi esok ade ujian pertengahan. BAnyak lagi tak habis baca buku ni.

Jadi disini saya nak kongsikan sedikit cara-cara supaya rajin belajar. YAng pertama bila korang rasa malas sangat nak belajar ingatlah ibu dan ayah kita. Inilah yang selalu saya buat. Yela ibu dan ayah kita bekerja keras cari duit supaya kita boleh belajar tinggi-tinggi. TApi saya ni pula malas nak belajar. JAdi sia-sia la pengorbanan mereka. JAdi tanamkan azam dalam diri untuk belajar rajin-rajin bagi membalas jasa ibu dan ayah kita.

kedua saya selalu tengok orang-orang yang berjaya kat luar sana. DAn tanya pada diri sendiri. Tidak inginkah kita jadi seperti mereka? Kalau saya berjaya mesti saya dapat membahagiakan ibu dan ayah saya.

Jadi untuk berjaya saya kenalah berusaha dan cuba sebaik yang mungkin. Walau macam mana susah sesuatu benda yang kita kena buat, niat dalam hati untuk buat yang terbaik dan insyaallah segalanya akan dipermudahkan. :-)

Wednesday, 17 April 2013

BERCUTI DI BUKIT TINGGI & PADANG, INDONESIA

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak cerita pengalaman saya bercuti ke Indonesia. Bukit Tinggi terletak di bahagian sumatera barat, Indonesia. Penduduk Bukit Tinggi adalah daripada orang Minang. Dekat Bukit Tinggi ni cuacanya sejuk dan nyaman. Misi utama saya apabila sampai dekat sana, mesti nak shoping. Seronok sangat belanja dekat Bukit Tinggi sebab harga barang-barang dekat situ murah- murah.

Dekat Bukit tinggi ni ada  empat tempat yang wajib dikunjungi untuk membeli belah. Iaitu Pasar Atas, Pasar Bawah, Pasar Lereng dan Aur Kuning. Bukit Tinggi ni terkenal dengan jualan kain-kain sulam dan telekung. kalau pergi sana memang rambang mata. Semuanya saya rasa nak beli. Pasar Bawah pula adalah tempat untuk beli makanan -makanan tradisi orang Minang.

Antara makanan yang terkenal dekat sana adalah Nasi Padang, Nasi Ramas, Pecal dan banyak lagi. Orang -orang dekat Bukit Tinggi sangat kuat makan pedas. Macam saya ni tak makan pedas jadi agak susah la nak cari makanan yang kurang pedas. Tapi jangan risau sebab dekat Pasar Atas tu juga banyak kedai-kedai makan seperti Pizza Hut dan KFC.

Selain itu juga banyak tempat menarik yang saya kunjungi. seperti Taman Burung, Maninjau, dan Malim Kundang. Dekat Malim Kundang ni memang ada batu orang yang sedang bersujud dan juga bangkai kapal yang telah jadi batu. Maninjau pula adalah satu tempat pemandangan yang sangat cantik. Sebab ada satu tasik yang sangat luas dan besar. Yang menariknya untuk turun ke Maninjau ni kena melalui jalan berpusing-pusing macam ular tu iaitu sebanyak 44 kelok. memang pengalaman yang menyeronokkan.

Bagi sesiapa yang nak pergi boleh la nak kapal terbang dari LCCT ke Padang , Indonesia. Macam iklanlah pulak. hehe..






Ok la sampai sini dulu. Selamat malam semua.



3 Tahun di Pulau Pinang

Assalamualaikum semua.

Post hari ini saya nak cerita pasal kehidupan tiga tahun dekat Pulau pinang waktu ambil diploma dulu. waktu tu sangat la sedih sebab nak balik rumah kena tunggu cuti dulu sebab kalau balik sabtu ahad sangat la rugi. Tapi sekarang kalau boleh tiap-tiap minggu nak balik. ;)

Tapi saya bersyukur sangat dulu sebab tempat saya belajar banyak kemudahan dan tempat untuk berjalan-jalan. jadi tidak la bosan sangat. Antaranya ada Jusco, Sunway, dan berdekatan dengan jeti untuk naik feri. Tapi walaupun tiga tahun saya duduk dekat sana, tak banyak tempat yang dapat saya pergi. salah satu sebabnya tak cukup duit.

Sebenarnya bila waktu belajar ni la waktu untuk berdikari. Jauh dari keluarga, semua benda kena buat sendiri dan paling penting kena pandai jaga diri. Sebab kemana sahaja kita pergi, kita membawa nama ibu bapa dan keluarga.

Baiklah sampai sini dulu. Selamat malam semua.


Wednesday, 3 April 2013

Pertandingan Membuat Kraf Kain Felt.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Pada hari ahad yang lepas, dekat kolej saya telah diadakan karnival menjana pendapatan. Macam-macam pertandingan yang diadakan dan banyak gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman.

Antara pertandingan yang ada seperti pertandingan menghias cupcake, pertandingan menggubah bunga dan banyak lagi. Salah satu pertandingan yang menarik perhatian saya adalah membuat kraf menggunakan kain felt. Walaupun saya ni tak la kreatif, tapi tak salahkan kita mencuba.

Seronok sebenarnya membuat sesuatu yang kita tak pernah buat. Sekurangnya dapat menambah pengetahuan. Di sini saya kongsikan gambar kain felt yang telah digubah oleh saya menjadi penyepit rambut dan penanda buku.

                                                                   penyepit rambut.


                                                                     penanda buku




Baiklah sampai sini dulu. akan disambung lagi. :)