Assalamualaikum semua.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan semoga berjaya untuk semua kawan-kawan yang akan menduduki peperiksaan yang akan bermula pada minggu hadapan. Buat yang terbaik. Semoga kita semua dapat menjawab peperiksaan dengan lancar dan tenang. Saya juga ingin memohon maaf diatas segala kesalahan yang saya lakukan sama ada sengaja atau tidak Sesungguhnya segala yang baik itu datang dariapada Allah dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.
SELAMAT MALAM. BELAJAR ELOK2. :)
Wednesday, 5 June 2013
Good luck !!!!!
Posted by Unknown at 06:26 0 comments
Labels: Kata-kata
Cepatnya masa berjalan
Assalamualaikum semua.
Pejam celik, pejam celik sekarang ini dah minggu belajar atau dipanggil study week. Cepat betul masa berlalu. Saya rasa macam semalam baru masuk untuk semester dua. Sememangnya belajar degree ni sangat berbeza dengan waktu diploma dulu.
Waktu diploma dulu satu semester adalah antara 5 hingga 6 bulan. Bagi saya sangat lama. Dulu waktu diploma setiap kali habis topik semestinya ada tugasan. Berbeza dengan sekarang ini setiap bab akan diberi latihan. Bila minggu belajar ni lah baru rasa nak belajar betul-betul. Sememangnya belajar sekarang ini sangat berbeza dan tahap kesukarannya juga sangat jauh berbanding diploma.
Hanya satu harapan saya, semoga saya dapat menghabiskan ijazah saya dengan tenang dan cemerlang juga kepada kawan-kawan yang lain. Amin insyaallah.
Posted by Unknown at 06:14 0 comments
Labels: Luahanku
Doa belajar
Assalamualaikum semua.
hari ni saya nak kongsikan doa yang selalu saya amalkan sepanjang menjadi seorang pelajar.
Bismillahirrahmanirrahim
" Aku telah rela Allah Tuhanku, Islam agamaku dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah utusan Allah s.w.t. wahai tuhan Allah, tambahkanlah ilmuku, dan anugerahilah kepadaku kefahaman terhadap ilmu, amiin. ( ya allah kabulkanlah permohonanaku)."
Posted by Unknown at 06:07 0 comments
Labels: Pembelajaran
Mutiara untuk orang yang paling bahagia
Assalamualaikum
1) Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dengan hati terbuka. Segala sesuatu itu telah ada ukurannya yang terbaik untuk kita.
2) Buku adalah sahabat. Berdampinglah dengan buku dan bersahabatlah dengan ilmu.
3) Maafkanlah orang yang menzalimi anda dan sambungkanlah silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda.
4) Hiduplah dengan bersederhana dan jauhilah hidup yang penuh dengan pembaziran dan berlebih-lebihan.
5) Jangan berasa gelisah ketika menghadapi kesusahan. sesungguhnya kesusahan dapat menguatkan hati dan akan menampakkan kesabaran anda.
6) Anggaplah sesuatu masalah itu ringan nescaya ia akan terasa ringan.
7) Gembirakan jiwa anda dengan mengingati kebaikan, dan tenangkan hati dengan bertaubat.
Sumber bacaan : Mutiara untuk orang yang paling bahagia
Penulis : Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Posted by Unknown at 05:57 0 comments
Labels: Pembelajaran
Puding Triffle
Assalamualaikum semua.
Hari ini saya nak kongsikan resepi puding triflle yang selalu saya buat. Senang sangat nak buat puding ni dan bahan-bahannya pula senang nak beli dekat kedai runcit. Tidak perlu nak beli di pasaraya besar.
Bahan-bahan:
Lapisan bawah : Kek gulung atau apa-apa sahaja kek span. Saya biasa guna kek gulung pandan. dan buah-
buahan dalam tin.
Lapisan tengah : 1 tin susu cair, 4 sudu besar tepung kastard dan gula secukup rasa. Selalunya saya letak 5
sudu besar gula pasir.
Lapisan atas : Kristal jeli Nona mengikut perisa kesukaan masing-masing. Saya suka guna perisa rasberry
dan strawberi.
Cara-caranya.
1) Untuk lapisan bawah potong kek gulung dan susun didalam bekas.
2) Asingkan buah dalam tin dengan airnya. taburkan buah dalam tin mengikut kuantiti yang anda suka.Jirus
sedikit air daripada buah tersebut ke atas kek gulung.
3) Lapisan tengah, masak susu cair, bancuhan 4 sudu tepung kastard dengan semangkuk air dan gula.
4) Apabila sudah pekat tuangkan diatas lapisan kek gulung tadi. Kalau nak tambah buah campur tadi pun
boleh.
5) Lapisan atas, masakkan jeli nona sehingga sedikit pekat dan tuang diatas lapisan kastard tadi.
6) Setelah sejuk bolehlah dimasukkan kedalam peti ais.
Puding triffle ni sedap kalau dimakan sekali bersama aiskrim vanila. Selamat mencuba.
Posted by Unknown at 05:44 0 comments
Labels: Suka-suki
Tuesday, 4 June 2013
Hikmah dan Kebaikan
Assalamualaikum.
Post seterusnya ini saya ingin cerita berkenaan hikmah dan kebaikan. Saya adalah anak keempat daripada empat orang adik beradik. Saya ada tiga orang abang. Kiranya saya bongsu la ni. Dari saya tadika sehingga lah sekarang ini nak masuk umur 22 tahun ramai yang cakap saya ni anak mak, anak manja sebab saya anak bongsu. Hakikatnya semua orang anak mak kan.
Saya dari kecil memang sangat dijaga oleh mak sampai nak keluar jumpa kawan pun disoal siasat bagai. Kemana saya nak pergi, dengan siapa mesti kena buat laporan dulu dekat keluarga saya sebelum keluar. Dan semestinya saya kena balik sebelum maghrib. Ini waktu sekolah menengah punya syarat. Sekarang ni entahlah. huhu. Jadi disebabkan itu saya jarang keluar dengan kawan-kawan. Tapi adalah keluar bukan tak pernah. Dari situ kawan-kawan dah selalu ejek cakap saya ni anak mak dan lain-lain yang seangkatan dengannya.
Tetapi banyak hikmah dan kebaikan yang saya dapat daripada situ. Saya lebih suka duduk rumah menghabiskan masa dengan keluarga, itulah hikmah yang paling bagus saya rasakan. Kan bagus jadi seorang anak perempuan yang suka duduk rumah daripada banyak keluar berjalan. Saya bukan nak banggakan diri saya tapi ini cuma pandangan saya dan saya rasa ia adalah satu kebaikan untuk diri saya. Bagi saya tak kesahlah orang nak cakap apa pasal saya asalkan saya tidak menjadi anak yang tidak mendengar kata ibu bapa. Bukankah sebagai seorang anak melihat ibu bapa dan keluarga bahagia adalah perkara utama dalam hidup kita.
Posted by Unknown at 06:46 0 comments
Labels: Kata-kata
1= Perempuan
Assalamualaikum.
Agak-agaknya apa yang saya nak kongsikan ye berdasarkan tajuk diatas?
Jawapannya adalah saya nak kongsikan kelebihan menjadi satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.
Apa yang saya nak cerita ini adalah mengikut pendapat saya sendiri sebagai satu-satunya anak perempuan dalam adik beradik saya.
Kelebihan pertama: Semua yang saya inginkan Insyaallah akan saya perolehi tetapi bergantung juga kepada
benda yang saya nak tu. ini adalah salah satu kelebihan yang paling best la.
Kelebihan kedua : Kalau bergaduh waktu kecil-kecil dulu lepas itu ada terpecahkan pasu ke pinggan ke
semestinya anak perempuan satu-satunya tidak akan dipersalahkan.
Kelebihan ketiga : Semestinya menjadi anak yang akan dimanjakan oleh ibu bapa dan abang- abang saya.
Kelebihan keempat : Apa-apa sahaja yang mak abah beli semestinya akan diberikan terlebih dahulu kepada
satu-satunya anak perempuan mereka.
Kelebihan kelima : Sememangnya menjadi anak perempuan satu-satunya akan dikongkong atau dijaga setiap
gerak geri oleh ibu bapa tetapi percayalah apabila tiba masanya kita akan diberi
kepercayaan sepenuhnya untuk berdikari dan membuat sesuatu yang kita suka tanpa
dikawal sepenuhnya. dari sini kita akan belajar menjadi seorang yang sangat berhati-hati
dan sentiasa mengingati keluarga walau apa yang kita lakukan.
Selamat malam. :)
Posted by Unknown at 06:32 0 comments
Labels: Luahanku
Beberapa kesalahan pakaian dan hijab
assalamualaikum.
Post kali ini saya nak kongsikan beberapa kesalahan yang sering kita sebagai wanita lakukan ketika berhijab dan mengenakan pakaian.
1) Memakai hijab tetapi tidak menutupi dada.
2) Memakai pakaian yang ketat dan jarang.
3) Memakai wangian.
4) meniru gaya pemakaian wanita kafir.
5) bertudung tetapi memakai tudung yang nipis.
Ini antara kesalahan yang sering kita lakukan. Jadi samalah kita memperbetulkan cara bertudung dan berpakaian.
sumber : Salman bin Abdul Qadir Abu Zaik.
Posted by Unknown at 06:13 0 comments
Labels: Perkongsian
Bengkel Penghayatan Seni Zapin
Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan berkenaan bengkel zapin yang telah diadakan baru-baru ini di Dectar UKM. Bengkel ni dianjurkan oleh persatuan zapin negeri johor. Saya hanya menjadi urusetia untuk bengkel ini. Yang menghadiri bengkel ini semuanya kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak paling muda yang masuk bengkel ini adalah 7 tahun. Comel sangat tengok budak-budak kecil menari zapin. Yang masuk bengkel zapin ni kebanyakannya baru nak belajar menari zapin. Bagus betul dorangkan ada minat untuk menceburi bidang tarian.
Kanak-kanak yang masuk bengkel ini daripada sekolah di Johor, Terengganu dan Lembah Kelang. Bengkel ini dikendalikan oleh penari-penari zapin yang memang dah berpengalaman. Saya pun pernahlah tengok beberapa orang daripada mereka didalam televisyen. Malam penutupan bengkel ini pula, kanak-kanak tadi akan bertanding menari zapin mewakili sekolah masing-masing. Hebat betul mereka ni. dengan hanya belajar dalam masa 24 jam dah boleh masuk pertandingan.
bersama guru zapin
bergambar dengan pemenang tarian zapin
Sampai sini dahulu.
Posted by Unknown at 06:02 0 comments
Labels: Perkongsian





